Pernah tak anda terfikir, apa akan jadi kalau tiba-tiba kita ditimpa musibah atau sakit kritikal?
 |
| Pelan i-Lindung KWSP |
Nak harapkan simpanan dalam bank, mungkin cukup-cukup makan untuk belanja bulanan sahaja. Nak ambil insurans baru, rasa berat pula nak keluarkan tunai setiap bulan.
Tahukah anda? Anda sebenarnya boleh memiliki perlindungan Insurans atau Takaful serendah RM30 setahun tanpa perlu usik pun duit gaji bulanan anda.
Semuanya melalui iLindung KWSP.
Kenapa Anda Wajib Pilih iLindung Sekarang?
Bukan apa, kos rawatan penyakit sekarang makin meningkat. Dengan iLindung, anda dapat manfaat premium pada harga yang sangat mampu milik. Perlindungan sehingga RM200,000 untuk sakit kritikal termasuk dari Tahap 1 lagi.
Berikut adalah kelebihan iLindung KWSP :
* Tanpa Tunai (Cashless): Bayaran premium ditolak terus daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) KWSP anda.
* Proses Sangat Pantas: Tiada pemeriksaan kesihatan yang rumit. Kebanyakannya lulus serta-merta!
* Perlindungan Komprehensif: Merangkumi Hayat(Life) dan Penyakit Kritikal (Critical Illness).
* Keluarga Turut Terjamin: Kini anda juga boleh gunakan baki akaun untuk daftarkan pelan buat pasangan dan anak-anak sehingga 10 orang.
Perbandingan Ringkas: Kenapa iLindung Lebih Berbaloi?
Ciri-ciri Insurans Biasa VS iLindung KWSP
Insurans Biasa
- Sumber Bayaran adalah menggunakan Tunai @ Potongan Gaji.
- Beban Kewangan yang terasa setiap bulan
- Pemeriksaan Kesihatan kadang-kadang wajib dilakukan ikut company.
- Harga adalah mengikut mengikut pasaran.
iLindung KWSP
- Sumber Bayaran menggunakan Akaun 2 (Akaun Sejahtera KWSP)
- Beban Kewangan : Tidak menjejaskan aliran tunai bulanan
- Pemeriksaan Kesihatan Kebanyakannya tidak perlu
- HargaHarga istimewa untuk ahli . DIskaun sehingga 70% dari harga pasaran.
 |
| Ciri-ciri Utama i-Lindung KWSP |
"Saya Berminat, Tapi Macam Mana Nak Pilih Pelan Terbaik?"
Memang banyak pilihan dalam portal KWSP, tapi jangan sampai tersalah pilih pelan yang tidak mencukupi perlindungannya. Di sinilah peranan saya sebagai perunding anda.
Saya akan bantu anda untuk:
* Menyemak kelayakan baki Akaun Sejahtera anda.
* Menerangkan perbezaan antara pelan Nyawa dan Penyakit Kritikal.
* Memastikan proses pendaftaran anda di portal i-Akaun berjalan lancar tanpa error.
* Menjadi orang pertama yang anda cari jika berlaku urusan tuntutan (claims) di masa hadapan.
Nota Penting: Jangan tunggu sakit baru nak cari perlindungan. Masa sihat dan ada baki KWSP inilah waktu terbaik untuk "lock" harga murah!
Dapatkan Konsultasi Percuma Hari Ini! Proses Pantas hanya dengan QR Code.
Jangan biarkan simpanan KWSP anda duduk diam sahaja sedangkan ia boleh menjadi "penyelamat" buat keluarga anda ketika kecemasan.